My Friends !

Wednesday, April 27, 2011

Kor Kadet Polis kembali menjadi johan.

Kadet Remaja Sekolah dan Kor Kadet Polis.


27 April 2011,
SMK Ismail Petra - Hasrat ingin kembali menjadi juara pada tahun ini tercapai apabila diumumkan menjadi johan Pertandingan Kawad Antara PPS 2011 yang berlangsung di hadapan dewan Petra baru-baru ini. Pasukan Kor Kadet Polis yang mempunyai bilangan platun sebanyak 21 orang berjaya mencipta sejarah pada tahun ini dengan mengalahkan Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di tempat yang kedua. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pengakap Pendidikan Khas dan diikuti dengan pasukan Kadet Bomba yang menerima hadiah cenderahati.


Sarjan Milo Jimmy aka Mohd Amin aka Azim.

Pasukan Kor Kadet Polis berjaya mengembalikan takhta yang sudah lama tidak dimiliki sejak PBSM berjaya menjuarai pertandingan ini pada tahun lepas. Namun begitu, pada tahun ini Kor Kadet Polis lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya kerana sikap bekerjasama, bersungguh-sungguh dan peka terhadap arahan kondukter yang ditunjukkan oleh semua platun Kor Kadet Polis. Tanpa Sarjan Milo Jimmy Azim, Pijoe dan Shahrul, Pasukan Kor Kadet Polis tak akan menang pada tahun ini. 

CANDID : Milo Jimmy Azim, Amirul Farhan dan Afique
 Hadiah bagi juara pertandingan ini adalah sebuah piala dan hamper yang disampaikan oleh PK1 SMK Ismail Petra Puan Siti Hawa. Pertandingan ini juga dirasmikan oleh Puan Siti Hawa.


Platun Kor Kadet Polis yang terdiri daripada 21 orang.

GEMBIRA : Sesi bergambar antara Sarjan Milo Jimmy dengan anak buahnya. Bersama piala dan hamper.  
 
Tahniah kepada Pasukan Kor Kadet Polis di atas kemenangan ini. Semoga Pasukan Kor Kadet Polis terus maju jaya pada masa hadapan. 

Gempur!! Wira!! Wira!! Wira!!

Disediakan Oleh,
Ryuuzaki L
Editor Blog Pahit Manis Kehidupan,

No comments:

Post a Comment